Photobucket

NUTP gesa sistem giliran penempatan guru di luar bandar

08/03/2010 3:31pm

KUALA LUMPUR 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng hari ini.

Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya kepada Bernama.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.

"Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya.

"Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya. - Bernama

Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.

SELAMAT MENJALANKAN PBS/SBE BUAT PELAJAR SEMESTER 3

Pada 8 Mac 2010-12 Mac 2010, pelajar PISMP Semester 3 akan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah/School Base Experience di tempat yang ditetapkan oleh diri pelajar itu sendiri...
Di sini, seluruh warga kerja Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar semester 3 dan lakukanlah PBS anda sebaik mungkin.. Gudluck!!!!!

TAKLIMAT PBS SEM 3 & 1

Tarikh taklimat PBS bagi semester 3 & 1 adalah seperti berikut:

Semester 3 - 3 Mac 2010
Semester 1 - 11 Mac 2010

* sebarang perubahan dan masa akan dimaklumkan kemudian.. sekian harap maklum...

TARIKH PBS & PRAKTIKUM

PISMP SEMESTER 1 = 22-26 MAC 2010
PISMP SEMESTER 3 = 8-12 MAC 2010
PISMP SEMESTER 5 = 22 MAC - 16 APRIL 2010
PISMP SEMESTER 7 = BERAKHIR PADA 30 APRIL 2010

~Selamat menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Base Experiences) dan selamat menjalani Praktikum kepada semua warga IPG KPI ~

TAKLIMAT PRAKTIKUM SEMESTER 5

Taklimat Pratikum akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 10 Mac 2010

Masa : 2.30 p.m –4.30 p.m

Tempat : Dewan Abdul Jalil

Kumpulan : Semua pelajar Semester 5.

*Kursus Pemantapan Praktikum ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum...

HARAM POCO-POCO

Tahukah Anda . . . ??

Sebenarnya tarian poco-poco adalah berasal dari Filipina dan bukannya dari Indonesia seperti yang kita sedia maklum. Ianya ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika mereka menghadiri upaca sembahyang migguan. Lihat sahaja pergerakannya berbentuk salib dan dimulakan dari kiri !

Mungkin kita tidak perasan kerana lebih gemar mengikut sesuatu tanpa usul periksa. Ini adalah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu misalnya amalan yoga yang kini difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.

Semoga perkara ini mendapat perhatian daripada semua pihak agar umat Islam tidak berterusan dalam kelalaian dan 'keasyikan' menarikan tarian ini.