Photobucket

NUTP gesa sistem giliran penempatan guru di luar bandar

08/03/2010 3:31pm

KUALA LUMPUR 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng hari ini.

Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya kepada Bernama.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.

"Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya.

"Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya. - Bernama

Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.

SELAMAT MENJALANKAN PBS/SBE BUAT PELAJAR SEMESTER 3

Pada 8 Mac 2010-12 Mac 2010, pelajar PISMP Semester 3 akan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah/School Base Experience di tempat yang ditetapkan oleh diri pelajar itu sendiri...
Di sini, seluruh warga kerja Biro Akademik dan Pembangunan Sumber Manusia ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar semester 3 dan lakukanlah PBS anda sebaik mungkin.. Gudluck!!!!!

TAKLIMAT PBS SEM 3 & 1

Tarikh taklimat PBS bagi semester 3 & 1 adalah seperti berikut:

Semester 3 - 3 Mac 2010
Semester 1 - 11 Mac 2010

* sebarang perubahan dan masa akan dimaklumkan kemudian.. sekian harap maklum...

TARIKH PBS & PRAKTIKUM

PISMP SEMESTER 1 = 22-26 MAC 2010
PISMP SEMESTER 3 = 8-12 MAC 2010
PISMP SEMESTER 5 = 22 MAC - 16 APRIL 2010
PISMP SEMESTER 7 = BERAKHIR PADA 30 APRIL 2010

~Selamat menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (School Base Experiences) dan selamat menjalani Praktikum kepada semua warga IPG KPI ~

TAKLIMAT PRAKTIKUM SEMESTER 5

Taklimat Pratikum akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 10 Mac 2010

Masa : 2.30 p.m –4.30 p.m

Tempat : Dewan Abdul Jalil

Kumpulan : Semua pelajar Semester 5.

*Kursus Pemantapan Praktikum ditunda kepada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Harap maklum...

HARAM POCO-POCO

Tahukah Anda . . . ??

Sebenarnya tarian poco-poco adalah berasal dari Filipina dan bukannya dari Indonesia seperti yang kita sedia maklum. Ianya ditarikan oleh masyarakat beragama Kristian ketika mereka menghadiri upaca sembahyang migguan. Lihat sahaja pergerakannya berbentuk salib dan dimulakan dari kiri !

Mungkin kita tidak perasan kerana lebih gemar mengikut sesuatu tanpa usul periksa. Ini adalah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu misalnya amalan yoga yang kini difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu.

Semoga perkara ini mendapat perhatian daripada semua pihak agar umat Islam tidak berterusan dalam kelalaian dan 'keasyikan' menarikan tarian ini.


TAHNIAH PASUKAN DEBAT IKIM IPG KPI



Pada 8—12 Febuari 2010, pasukan Debat IPG KPI telah menyertai Pertandingan Debat IKIM bertempat di Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kuala Lumpur. IPG kita yang merupakan satu-satunya IPG yang bertanding telah menghantar 4 orang pendebat utama, 2 orang researcher yang pakar dalam bidang agama (Muhammad Syafizie & Mohd Khairul Azuan dari semester 5) dan 10 orang researcher dalam bidang lain. Antara pendebat yang mewakili institut dalam pertandingan ini ialah saudara Mohd Rafee b Mohamad, Mohd Nazmi b Jaafar, Noor Farah Izzati bt Aris dan Syuhada bt Tajuddin. IPG kita telah berjaya mendapat tempat ketiga setelah berjaya mengalahkan UPSI, UPM, UNITEN, UKM, dan UITM.

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG PEPERIKSAAN NOVEMBER 2009


 

PISMP SEMESTER 6/2009

Amira Awatif Binti Ahmad

3.87

Muhammad Hadi Bin Mahamood

3.87

Hairul Munirah Binti Mohd. Arif

3.87

Eliza Dora Binti Abdul Halim

3.85

Nur Hakim Bin Mohamed Nor

3.85

Muhammad Safreen Bin Shafie

3.82

Muhammad Alif Bin Mohd. Kassim

3.81

Norain Binti Abd. Rahman

3.81

Nur Shuhada Binti Shafiee

3.81

Wan Ahmad Faiz Marzuki Bin Wan

Hassan

3.81

Mohd. Shahrin Bin Shamsuddin

3.81

Muhammad Yasir Bin Zainal Abidin

3.81

Razlinda Binti Azlan

3.81

Zarifah Binti Zulkifli

3.81

Faizah Binti Amat

3.81

Muhamad Ikmal Bin Ahmad Tarmizi

3.81

Muhd. Faiq Bin Suhaimi

3.81


 


 

PISMP SEMESTER 4/2009

Hamizah Binti Mohamad Ismail

3.87

Hafawati Binti Zakaria

3.84

Nornadira Huda Binti Haroon

3.84

Siti Zaimah Binti Mohamed Yassin

3.83

Nor Anis Binti Ros

3.83

Nazihah Binti Ahmad Sofi

3.82

Wan Nurul Syakirah Binti Wan Abdullah

3.80

Nursyuhada Binti Halim

3.80

Fazliana Binti Mustafa Kamar

3.80

Nur Sadrina Binti Abdul Jalil

3.80

Wan Hafizah Binti Wan Husain

3.80


 


 

PISMP SEMESTER 2/2009

Nurul Syamimi Binti Ramlee

3.83

Adibah Binti Abdul Shukor

3.82

Aina Farhanah Binti Ghazali

3.82

Nur Asilah Binti Kamarudein

3.82

Nurul Aini Binti Bohari

3.82

Halimatus Saadah Binti Hj Misnan

3.81

Zunairah Binti Ismail

3.81


 


 

PPISMP SEMESTER 3/2009

Nurul Eeffah Binti Awang

3.70

Nor Atina Binti Mohd Nasir

3.70


 


 

PPISMP SEMESTER 1/2009

Ruqaiyah Hani Binti Firuz Dalili

3.72

Nor Hafiza Hawa Binti Saimin

3.70

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NOVEMBER 2009

PADA BULAN NOVEMBER TAHUN 2009 SEMUA PELAJAR IPG KPI TELAH MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER. BERIKUT ADALAH BILANGAN PELAJAR YANG MENDAPAT PNG 3.5 KE ATAS DI DALAM PEPERIKSAAN YANG LEPAS.

1. PISMP SEMESTER 6/2009 - 61/61

2. PISMP SEMESTER 4/2009 - 127/155

3. PISMP SEMESTER 2/2009 - 103/125

4. PPISMP SEMESTER 3/2009 - 41/126

* SEMOGA ANDA SEMUA AKAN BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH BAGI MEMPERTINGKATKAN PRESTASI ANDA.

MAKLUMAT TENTANG TARIKH BIG TAHUN 2010

9-12 Feb
KPLI Ambilan Januari 2010

1-4 March
PISMP Ambilan Januari 2010 (1.01, 1.02, 1.03)

30 March - 2 April
PISMP Ambilan Januari 2010 (1.04,1.05,1.06)

22 March (Aktiviti Masyarakat)
PISMP Ambilan Januari 2009 (semua kuliah semester 3)

12 April (Kursus Bengkel Seminar)
PISMP Ambilan Januari 2009 (semua kuliah semester 3)

26 April (Bench Marking)
PISMP Ambilan Januari 2008 (semua kuliah semester 5)

4 Mei (Kursus Bengkel Seminar)
PISMP Ambilan Januari 2008 (semua kuliah semester 5)

3 Julai (Aktivti Masyarakat)
PISMP Ambilan Januari 2010 (semua kuliah batch ini)

4 Julai (Bengkel)
PISMP Ambilan Januari 2010

6 Julai (Bench Marking)
PISMP Ambilan Januari 2008

13 Julai (Perkhemahan)
PISMP Ambilan Januari 2009 (kuliah 4.01, 4.02, 4.03)

20 Julai (Bengkel Seminar)
PISMP Ambilan Januari 2008

27 Julai (Perkhemahan)
PISMP Ambilan Januari 2009 (kuliah 4.04, 4.05, 4.06)

P/S: ini adalah maklumat daripada HEP.. sekiranya ada sebarang masalah sila rujuk HEP.. dan untuk matlumat lanjut sila rujuk papan tanda HEP... Harap maklum..

KATA-KATA ALUAN DARIPADA EXCO DAN NAIB EXCO

Asssalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..
pertamanya, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan inayahnya dapat juga kami wujudkan blog akademik dan pembangunan sumber manusia ini..
Untuk pengetahuan anda semua, di dalam blog ini, insyaallah akan dimuatkan dengan bahan-bahan yang berfaedah sama ada dari bidang akademik, mahupun pembangunan sumber manusia ataupun segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang bakal dijalankan atau yang telah dijalankan oleh Exco Akademik sesi 2010/2011..
kami berharap, agar anda semua sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan dalam segala aktiviti yang bakal diadakan sepanjang tahun 2010/2011 ini... segala kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih..